Pages

Me

Me
Blur

Tuesday, February 26, 2013

Bila Bercakap Mengenai: Gusti Hiburan


Apabila bercakap mengenai gusti, suma orang akan cakap pasal WWE atau zaman purbanya, WWF. Ye lah, di Malaysia, negara kita hanyalah terdedah dengan jenis gusti sebegini punya palsu. Secara tidak langsung menyebabkan ada rakyat Malaysia yang menyimpan cita2 ingin menjadi pengusti seperti yang kita lihat dalam tv. Saya di sini ingin menyatakan bahawa WWE/F adalah lakonan semata-mata dan jika anda berharap ingin membuat the Rock Bottom dekat musuh anda semudah kacang, jangan mimpilah. Namun begitu, jika WWE adalah tipu, adakah UFC dan MMA juga lakonan? Oh tidak. UFC ialah satu bnda yang benar dan bukan lakonan. Begitu juga dengan MMA.

Bila bercakap mengenai gusti hiburan atau enterteiment wrestling, aku pun lebih kurang minat jugak la gusti walaupun pada hakikatnya aku tahu ia lakonan semata-mata. Tapi nak dibandingkan lakonan dahulu dan sekarang, lakonan yang terdahulu lagi mantap. Tak caya? cuba tengok ni..


Sedikit fakta:
-akibat dibaling setinggi 16 kaki oleh Undertaker, Mankind(baju putih) telah terkilir bahu namun kerana tidak sampai quota waktu abis perlawanan, beliau gagahkan diri juga untuk teruskan perlawanan.
-Undertaker bergusti malam tu dengan sebelah kaki yang sudah patah.
-Selepas di chokeslam oleh Undertaker(jatuh terus ke gelanggang) MAnkind terus dirawat oleh pasukan medik yang kemudian mengesahkan yang Mankind telah bocor paru-parunya.
-Scenario Mankind jatuh terus ke gelanggang adalah tidak terancang dan besi yang tercabut itu tidak sepatutnya tercabut(disebabkan tu jugak lah paramedik datang check mankind
-perlawanan ini di undi sebagai Perlawanan tahunan 1998.

WWF dari mental dan fizikal sangat ganas. Sebab itu rata-rata peminat lebih suka WWF berbanding WWE. Zaman dimana jari tengah tidak ditapis apabila ditunjukkan, carutan menjadi setiap bahagian ayat, berpakaian seksi adalah digalakkan(sebab tu awek gusti dulu stail2) dan aksi2 mereka menakjubkan dan nampak lebih real... Sebut ja nama, sapa tak kenal. Stone Cold, The Rock, Kane, Triple H, Undertaker, Brock Lesnar, dan banyak lagi la aku pun lupa...

Jadi kesimpulannya, WWE la tak best, WWF stail.

No comments:

Post a Comment