Pages

Me

Me
Blur

Tuesday, February 26, 2013

Bila Bercakap Mengenai: Gusti Hiburan


Apabila bercakap mengenai gusti, suma orang akan cakap pasal WWE atau zaman purbanya, WWF. Ye lah, di Malaysia, negara kita hanyalah terdedah dengan jenis gusti sebegini punya palsu. Secara tidak langsung menyebabkan ada rakyat Malaysia yang menyimpan cita2 ingin menjadi pengusti seperti yang kita lihat dalam tv. Saya di sini ingin menyatakan bahawa WWE/F adalah lakonan semata-mata dan jika anda berharap ingin membuat the Rock Bottom dekat musuh anda semudah kacang, jangan mimpilah. Namun begitu, jika WWE adalah tipu, adakah UFC dan MMA juga lakonan? Oh tidak. UFC ialah satu bnda yang benar dan bukan lakonan. Begitu juga dengan MMA.

Bila bercakap mengenai gusti hiburan atau enterteiment wrestling, aku pun lebih kurang minat jugak la gusti walaupun pada hakikatnya aku tahu ia lakonan semata-mata. Tapi nak dibandingkan lakonan dahulu dan sekarang, lakonan yang terdahulu lagi mantap. Tak caya? cuba tengok ni..


Sedikit fakta:
-akibat dibaling setinggi 16 kaki oleh Undertaker, Mankind(baju putih) telah terkilir bahu namun kerana tidak sampai quota waktu abis perlawanan, beliau gagahkan diri juga untuk teruskan perlawanan.
-Undertaker bergusti malam tu dengan sebelah kaki yang sudah patah.
-Selepas di chokeslam oleh Undertaker(jatuh terus ke gelanggang) MAnkind terus dirawat oleh pasukan medik yang kemudian mengesahkan yang Mankind telah bocor paru-parunya.
-Scenario Mankind jatuh terus ke gelanggang adalah tidak terancang dan besi yang tercabut itu tidak sepatutnya tercabut(disebabkan tu jugak lah paramedik datang check mankind
-perlawanan ini di undi sebagai Perlawanan tahunan 1998.

WWF dari mental dan fizikal sangat ganas. Sebab itu rata-rata peminat lebih suka WWF berbanding WWE. Zaman dimana jari tengah tidak ditapis apabila ditunjukkan, carutan menjadi setiap bahagian ayat, berpakaian seksi adalah digalakkan(sebab tu awek gusti dulu stail2) dan aksi2 mereka menakjubkan dan nampak lebih real... Sebut ja nama, sapa tak kenal. Stone Cold, The Rock, Kane, Triple H, Undertaker, Brock Lesnar, dan banyak lagi la aku pun lupa...

Jadi kesimpulannya, WWE la tak best, WWF stail.

Sunday, February 24, 2013

Riyal Madrik lwn Menchesster Unieted

Permainan yang aku sanggup tahan mengantuk....
Ya, sebagai peminat United dari 1999 ( 4 tahun) aku sudah pastinya akan menonton perlawanan ini.
Pelbagai kaedah yang aku gunakan untuk memastikan aku tak mengantuk pada pagi tadi seperti:




Menelefon teman wanita!!
















Bermain PS2 dengan teddy bear aku!!!

Menonton video yang aku tak berminat pun tapi tengok gak sebab tak tahu nak buat apa!!!


Dan atas cara2 yang dilakukan di atas maka aku pun dapat lah megekang rasa mengantuk aku dan
masalah2 yang lain yang sama waktu dengan nya....

Tepat jam 3.30 pagi, aku dan abang aku bersama juga dengan abang ipar aku pon tercangak depan tv, melihat pundit2 membincangkan perihal perlawanan tersebut. Aku tengah mamai time tu tapi aku dapat la tangkap satu pundit ni cakap lebih kurang macam ni la, " This game will not settlle with a 0-0 draw,". Aku dengar2 tu rasa macam nak termuntah pun ada. Cakap macam dah tau masa depan. Tapi, benda yang dia cakap tu betul sebenarnya. Kenapa? Hmm, kita mulakan dengan gambar ni....





Kalau korang tak rabun tahap melampau atau buta, korang boleh lihat bagaimana sepakan pemain real tu nyaris nak masuk gol tapi di sebabkan sentuhan manja dari De Gea, bola tersebut akhirnya hanya mampu menerjah tiang dan bukan jaring pihak lawan. Sentuhan "manja" itu sebenarnya amat mustahak dalam game ini kerana ya lah, kalau masuk, mahu tak kalah United. Nasib atau tidak, gua tabik lu lah De Gea!!!

Gambar seterusnya



Yess!!! Goal!! Walaupun aku tak berapa gemar (dan juga tertanya mengapa bos turunkan beliau pada hari itu) mamat ni tetapi Baikbelakang(Welbeck) berjaya menanduk masuk gol sulung United pada malam itu. Hakikatnya, aku mahu van persie score malam tu tapi sayang seribu kali sayang kerna malam itu bukan malam beliau. Kenapa? Teruskan membaca....







Ehem, yup..10 minit kemudian Ronaldo menghukum Evra dan juga pasukan United dengan menjaringkan gol yang aku mahu tak mahu terpaksa aku akui cantik lagi menakjubkan. Gol ini juga mengajar Evra dan juga kepada pemain pertahanan yang kecil2 tu untuk makan calcium apabila pulang ke rumah nanti. Hantaran lintang yang menakjubkan dari Di Maria, disambut dengan hati yang terbuka oleh Ronaldo. Yang Evra mampu hanyalah melihat sambil meraba-raba lutut Ronaldo. Gambar seterusnya...



Aku tak ingat mini keberapa tapi ada sekali tu Van Persie sepak tapi kena palang. Aku time tu menjerit gol dah tapi sekerat jalan je lah. Diiringi pulak dengan keluhan. Aku cuba la cari gambar tu tapi gagal. Dan gambar di atas ialah di mana Zabi Fabuloso telah menyepak keluar bola yang jika beliau tidak buat demikian, akan bertambah lah jaringan United. Ketika itu, bola yang di sepak begitu lemah sekali oleh Van Persie telah berjaya menewaskan Diego Lapis dan berguling dengan begitu lemah ke arah gol. Namun, seperti seorang adiwira yang ingin menyelamatkan perempuan cantik yang hampir terjatuh di gunung puaka, Fabuloso menyepak bola keluar, menyebabkan peminat United yang telah mengangkat tangan untuk turunkan balik ke posisi asal, mengeluh dan meneguk kembali air2 arak yang di beli di pub berdekatan. AKu time ni dah melompat dah tapi bila tak goal, aku tercarut la sikit. Mak aku yang kat sebelah (yup mak aku join sekali tengok sebab time tu dah 5 lebih dan mak aku dah terjaga) terus menegur dan menyedari kekhilafan aku, aku diam.



Pelik tapi benar. iru Saja yang aku mampu katakan ketika ini. Dua persoalan yang timbul apabila aku lihat gambar bergerak di atas. Satu, mengapa De Gea tak tangkap ja bola tu? dua, apa yang istimewa sangat dengan tampanan ini? Yang aku dapat cungkil ialah De Gea memang panik waktu tu dan kakinya sahaja yang mampu menahan pressure tersebut. Keistimewaan? Jarang la kita tengok orang save macam ni di saat genting. Tambah2 dekat Santiago Berbau harum. So, macam biasa, respect la lu De GEa!!!

Permainan tamat 1-1. Bagi aku ni la Man Of The MAtch:

David De Heya (slang orang british)
Man that contibute:

Feel Jones (slang orang Kedah)
Sumbangan: MEnjaga gerak geri Ronaldo hingga beliau tidak sebebas
negara Malaysia.

Danny BaikBelakang (slang aku)
Sumbangan: Menjaringkan gol tunggal United
melalui tandukan bebas di bawah jagaan
Sergio Rimas.

Robin Van Parsi (slang orang yang benci United)
Sumbangan: Menghuru-harakan pertahanan Madrid dan
berjaya membuat Mourinho tersentak dan bangkit , memaki
pertahananya sendiri
Timbang balik akan berlaku di Old Trafford tak lama lagi. United mempunyai kelebihan tetapi Real bukan pasukan yang perlu dipandang rendah, tambah2 lagi dibawah Mourinho.